Riba dari segi bahasa ialah menukar, subur,lebih atau bertambah. Dari segi syarak pula ialah akad yang terjadi bagi suatu pertukaran barang yang tertentu tetapi tidak diketahui perlaksanaannya menurut kebenaran syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran ini atau salah satu dari kedua-duanya.
Hukum riba adalah haram sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
HIKMAH PENGHARAMAN RIBA:
1- Memperolehi harta kekayaan melalui jalan yang diredhai oleh Allah Taala
2-Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian hartanya pada jalan kebaikan.
3-Seseorang itu dapat membelanjakan kepada jalan Allah akan mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
4-Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, amanah, jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
Monday, 1 August 2011
Friday, 22 July 2011
Jual Beli
Pengertian jual beli: Jual beli dari segi bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi bahasa pula ialah menukar harta dengan harta mengikut cara yang tertentu.
1- penjual
2- pembeli
3- harga
4- kabul
5- ijab
6- barang yang dijual
SYARAT JUAL BELI
1- Islam
2- Tidak dipaksa
3-Berakal
4- Tidak berurusan dengan musuh Islam
5- Baligh
6- Merdaheka
SYARAT-SYARAT HARGA DAN BARANG:
1- Barang-barang itu mestilah bersih dan suci.
2- Barang itu kepunyaan penjual sendiri atau wakil penjual.
3- Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan 'sighah' akad jual beli.
4- Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar, sifat barang yang dijual.
5-Menyertai lafaz2 ijab(lafaz penjual) dan kabul (lafaz pembeli).
LARANGAN2 JUAL BELI:
1-Tidak sah menjual binatang buas.
2- Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3-Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan yang memegang gadaian.
HIKMAH JUAL BELI:
1- Allah telah menjadikan sifat semula jadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta benda di antara sesama manusia sama ada menerusi jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya.
2- Dengan adanya jual beli ini maka akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta yang tiada padanya.
3- Berjual beli mengajar manusia supaya hidup bersatu padu dan hidup mengikut lunas undang-undang.
RUKUN JUAL BELI:
1- penjual
2- pembeli
3- harga
4- kabul
5- ijab
6- barang yang dijual
SYARAT JUAL BELI
1- Islam
2- Tidak dipaksa
3-Berakal
4- Tidak berurusan dengan musuh Islam
5- Baligh
6- Merdaheka
SYARAT-SYARAT HARGA DAN BARANG:
1- Barang-barang itu mestilah bersih dan suci.
2- Barang itu kepunyaan penjual sendiri atau wakil penjual.
3- Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan 'sighah' akad jual beli.
4- Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar, sifat barang yang dijual.
5-Menyertai lafaz2 ijab(lafaz penjual) dan kabul (lafaz pembeli).
LARANGAN2 JUAL BELI:
1-Tidak sah menjual binatang buas.
2- Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3-Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan yang memegang gadaian.
HIKMAH JUAL BELI:
1- Allah telah menjadikan sifat semula jadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta benda di antara sesama manusia sama ada menerusi jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya.
2- Dengan adanya jual beli ini maka akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta yang tiada padanya.
3- Berjual beli mengajar manusia supaya hidup bersatu padu dan hidup mengikut lunas undang-undang.
Thursday, 21 July 2011
MUAMALAT
1- Muamalat ialah: aktiviti hidup seseorang seperti jual beli, tukar menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam hubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing2 yang berlandaskan syariat Allah.
HIKMAH MUAMALAT1- Memelihara dan memupuk keadilan dan amanah.
2- Memelihara mengakui hak asasi individu dan masyarakat.
3. Memelihara kepentingan berlandaskan nilai akhlak dan ciri kemanusiaan.
4. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang seimbang
HIKMAH MUAMALAT1- Memelihara dan memupuk keadilan dan amanah.
2- Memelihara mengakui hak asasi individu dan masyarakat.
3. Memelihara kepentingan berlandaskan nilai akhlak dan ciri kemanusiaan.
4. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang seimbang
Monday, 18 July 2011
IBADAT AKIKAH
Akikah ialah: penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena mencukur rambut bayi pada hari ketujuh selepas kelahiran.
Hukum ibadat akikah ialah sunat muakkad
Kaifiyat melakukan ibadat akikah:
- berdoa semasa hendak menyembelih.
2. menyembelih akikah ketika matahari sedang naik.
3. mencukur rambut bayi selepas menyembelih
4. menyedekahkan kepada fakir miskin emas atau perak seberat timbangan rambut
bayi yang dicukur atau wang yang sama nilainya.
5. memberi nama yang baik kepada bayi.
6.tulang2 akikah itu digalakkan supaya tidak dikerat-kerat atau dipecah-pecahkan.
7.daging akikah dimasak agak manis dan disedekahkan kepada fakir
miskin.
Hikmah melakukan ibadat akikah:
- menghayati cara Islam mensyukuri kelahiran anak kurniaan Allah.
- melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat menepati sunah Rasullullah yang bangga dengan ramai umat pada hari kiamat.
- menghubung dan mengukuhkan silaturrahim keluarga anak itu dengan masyarakat.
- mendekatkan anak yang baru lahir kepada cara hidup islam sejak awal2 lagi.
Sunday, 10 July 2011
KORBAN
1- Korban ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan pada hari aidiladha dan hari2 tasyrik iaitu 11,12 dan 13 zulhijjah.
Ibadah ini bertujuan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu
Wataala.
2. Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad.
3. Syarat2 binatang sembelihan:
3.1 binatang ternakan sahaja yang sah dijadikan korban dengan syarat tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti: kaki pencang, sakit, sangat kurus dan buta dan sebagainya.
3.2 cukup umur iaitu:
a- biri2 umurnya satu tahun lebih atau sudah berganti gigi.
b- kambing umurnya dua tahun lebih
c-lembu ,kerbau atau sapi umurnya dua tahun
d-unta umurnya lima tahun lebih
*sekiranya berhajat untuk membuat ibadah korban carilah binatang yang paling baik dan sempurna.
Tuesday, 5 July 2011
SEMBELIHAN
1- Sembelihan ialah menyembelih binatang yang halal dengan syarat2 tertentu dengan menggunakan sesuatu yang tajam selain gigi, kuku dan tulang.
2. Hukum sembelihan: Binatang yang halal adalah wajib disembelih. Binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai dan haram dimakan.
3. Syarat2 sah sembelihan:
3.1 Niat kerana Allah
3.2 Orang yang menyembelih hendaklah beragama Islam.
3.3 Binatang yang halal dimakan
3.4 Binatang itu mati dengan sekali sembelihan
3.5 Putus urat halkum dan urat merih.
4. Hikmah sembelihan
- dapat mengeluarkan darah binatang sembelihan dengan cepat.
- dapat membezakan diantara sembelihan orang Islam dan orang kafir.
- boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
- menjadikan sihat tubuh badan bagi orang yang memakannya.
- sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.
2. Hukum sembelihan: Binatang yang halal adalah wajib disembelih. Binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai dan haram dimakan.
3. Syarat2 sah sembelihan:
3.1 Niat kerana Allah
3.2 Orang yang menyembelih hendaklah beragama Islam.
3.3 Binatang yang halal dimakan
3.4 Binatang itu mati dengan sekali sembelihan
3.5 Putus urat halkum dan urat merih.
4. Hikmah sembelihan
- dapat mengeluarkan darah binatang sembelihan dengan cepat.
- dapat membezakan diantara sembelihan orang Islam dan orang kafir.
- boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
- menjadikan sihat tubuh badan bagi orang yang memakannya.
- sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.
Tuesday, 21 June 2011
Haji dan Umrah (Bahagian 2)
Kaifiyat (cara) Mengerjakan Haji.
1- HAJI IFRAD
Haji ifrad ialah berihram haji sahaja (mengerjakan ibadah haji secara berasingan) hanya berniat ihram haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
2. HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah ibadah haji dan umrah dikerjakan secara berasingan, ibadah umrah dikerjakan dahulu sehingga selesai di dalam bulan haji itu kemudian barulah mengerjakan haji.
3. HAJI QIRAN
Haji qiran ialah ibadah haji dan umrah dikerjakan secara serentak di dalam satu waktu (menghimpunkan antara haji dan umrah di dalam satu perjalanan musafir)
HIKMAH MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH
1- Haji yang mabrur tiada balasan melainkan syurga.
2. Ia merupakan jihad yang paling utama dan ganjaran pengampunan dosa.
3. Kepentingan ekonomi dan perniagaan.
4. Membentuk peribadi muslim dan menjadi latihan persediaan meninggalkan allam dunia.
5. Melatih diri ikhlas dalam segala amalan hanya kerana Allah.
6.Bertemu orang2 Islam seluruh dunia.
7. Ia dalam keadaan suci bersih umpama seorang bayi baru lahir.
8. Mendapat pujiaan Allah dihadapan para malaikat.
Haji dan Umrah (Bahagian 1)
PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH
SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
Haji: mengunjugi baitullahilharam dalam bulan haji dengan mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat tertentu.
Umrah: mengunjungi baitullahilharam kerana mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat2 tertentu.
| ||||||||||||||||||||||||||
Hukum mengerjakan haji dan umrah adalah : Wajib sekali seumur hidup kecuali nazar.
1- Islam
2- Merdaheka
3- Berkemampuan
4- Berakal
5- Baligh
#bagi wanita yang mengerjakan haji dan umrah hendaklah ditemani oleh suami atau mahram atau mendapat keizinan dari suami.
- mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya dan orang2 yang dibawah tanggungannya selama mengerjakan haji dan umrah.
- sihat tubuh badan, orang yang tidak dapat mengerjakan haji dan umrah kerana sakit tiada harapan sembuh boleh diwakilkan orang lain.
- ada kenderaan yang sesuai dan aman perjalanan pergi dan balik.
LAFAZ NIAT HAJI
| sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala |
Wajib haji:
1- Berihram di miqat
2. Berhimpun dan bermalam di muzdalifah
3- Bermalam di Mina
4. Melontar ketiga-tiga jamrah
5.Melakukan tawaf wida'
Wednesday, 15 June 2011
Adab Di Masjid
![]() |
| MASJID AL AZHAR KUIS |
1- mendahulukan kaki kanan dan memberi salam.
2. membaca doa masuk masjid iaitu
| YA ALLAH BUKAKANLAH KEPADAKU PINTU RAHMATMU |
3- solat sunat tahiyatul masjid
4.berniat i'tikaf
5. disunatkan berzikir dan membaca al-quran
6.jangan bergurau dan membuat bising
ADAB KELUAR MASJID
1. melangkah dengan kaki kiri
2.berniat untuk datang semula
3.beradab sopan ketika keluar dari masjid.
4.jangan mengambil barang orang lain
Adab Dengan Al-Quran
ADAB MEMBAWA MASHAF AL-QURAN
1- BERWUDUK
2- MEMEGANG AL-QURAN DENGAN TANGAN KANAN
3- MENGANGKAT AL-QURAN SEKURANG-KURANG SEPARAS DADA
4- BERPAKAIAN BERSIH DAN MENUTUP AURAT
5-MENJAGA AL-QURAN DENGAN CERMAT
ADAB MEMBACA MASHAF AL-QURAN
1- MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEMBACA AL-QURAN
2- SUJUD TILAWAH SELEPAS MEMBACA AYAT SAJADAH.
3- MEMBACA DENGAN BERTAJWID DAN BERTARANUM
4- MENGAMBIL IKTIBAR DARI APA YANG DIBACA
SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD; SEBAIK IBADAT UMATKU ADALAH MEMBACA AL-QURAN.
sekian, wallahua'lam...
Monday, 6 June 2011
Adab Masuk dan Keluar Rumah
ADAB MASUK KE DALAM RUMAH
1- Memberi salam
2- Membuka kasut atau selipar
3- Masuk dengan kaki kanan
4- Elakkan daripada membawa sebarang kekotoran ke dalam rumah
5- Hormati tetamu jika ada di rumah
DOA MASUK RUMAH
ADAB KELUAR RUMAH
1-meminta izin sebelum keluar rumah
2- memberitahu tempat yang dituju
3- memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
4-memakai kasut atau selipar
5- membaca doa
DOA KELUAR RUMAH
1- Memberi salam
2- Membuka kasut atau selipar
3- Masuk dengan kaki kanan
4- Elakkan daripada membawa sebarang kekotoran ke dalam rumah
5- Hormati tetamu jika ada di rumah
DOA MASUK RUMAH
ADAB KELUAR RUMAH
1-meminta izin sebelum keluar rumah
2- memberitahu tempat yang dituju
3- memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
4-memakai kasut atau selipar
5- membaca doa
DOA KELUAR RUMAH
Saturday, 4 June 2011
Al-QuRan Al-KaRiM
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara mutawatir sebagai mukjizat dan membacanya dikira ibadah.
Di dalam Al Quran terdapat 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat.
Di antara kandungan Al Quran ialah....
1-Akidah
2- Ibadah
3- Hukum
4-Akhlak
5-Muamalat
6- Kisah
7-Munakahat
8- Jinayat
Wednesday, 1 June 2011
RasuL yanG WajIb dIkeTahUi
Rasul adalah lelaki merdaheka pilihan Allah yang menerima wahyu untuk dirinya dan wajib baginya untuk menyampaikan kepada umatnya..
Bilangan rasul yang wajib diketahui ada 25 orang iaitu:
- ADAM, IDRIS,NUH,HUD,SOLEH,IBRAHIM,LUT,ISMAIL,
ISHAK,YAAKUP,YUSUF,AYUB,SHUIB,MUSA,HARUN
ZULKIFLI, DAUD, SULAIMAN, ILYAS,ILYASAK,
YUNUS,ZAKARIA,YAHYA,ISA, MUHAMMAD SAW...
*kalau susah sangat hafal, apa kata kite dengar dulu nasyid dari kump raihan nie... pasnie.. confirmnye ingat sampai bile2.. ok...sampai disini dulu. Wasalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)















