Tuesday 2 August 2011

JINAYAT

Jinayat dalam perundangan islam adalah nama bagi perbuatan atau tindakan yang ditegah (diharamkan) oleh syarak sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan.

JENIS-JENIS JINAYAT SYARIE:

  1. minum arak
  2. mencuri
  3. merompak
  4. murtad
  5. membunuh
JENIS-JENIS HUKUMAN JINAYAT:
  1. hudud
  2. qisas
  3. ta'zir
HUKUM MINUM ARAK:

perbuatan minum arak akan membawa kepada syirik. Syirik adalah musih iman yang akan mencacatkan iman malah akan merosakkannya. Oleh itu perbuatan minum arak akan membawa kepada syirik dalam pengertian bahawa amalan yang dilakukan peminum arak tidak akan diterima Allah.

.
HUKUM SABIT ZINA:
perbuatan zina bagi orang yang belum berkahwin hukumannya seratus kali sebat. Manakala bagi orang yang telah berkahwin hukumannya adalah direjam dengan batu sampai mati.

HUKUM SABIT MENCURI:
perbuatan mencuri ini dihukum potong tangan. Ini adalah undang2 Allah dan manusia mesti patuh perintah Allah.
Firman Allah Taala dalm surah al-Maidah ayat 38 "dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah.dan ingatlah Allah maha kuasa lagi maha bijaksana"

MUNAKAHAT(bahagian 2)

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI:
  • ibu dan ibunya (datuk perempuan) ibu dari bapa dan seterusnya hingga ke atas.
  • anak dan cucu seterusnya hingga ke bawah.
  • saudara perempuan, seibu sebapa atau seibu sahaja
  • saudara perempuan dari bapa
  • anak perempuan dari saudara lelaki dan seterusnya
  • anak perempuan dari saudara perempuan dan seterusnya.
  • saudara perempuan dari ibu
  • saudara perempuan dari bapa
HIKMAH PERKAHWINAN:
  • menyahut seruan fitrah manusia yang telah di atur susun oleh Allah.
  • melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyarakat islam.
  • mewujudkan ketenteraman jiwa serta ketenangan rohani apabila seseorang itu berkahwin.
  • menjaga akhlak dari runtuh rosak dengan melakukan perkara maksiat
  • menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia.
  • meluaskan medan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama di dalam kekeluargaan.

MUNAKAHAT(bahagian 1)

Nikah dari segi bahasa ialah:bersatu atau berkumpul. Dari segi syarak pula ialah satu akad yang menghalalkan bersetubuh atau isteri berseronok-seronok diantara suami isteri dengan cara yang dibenar dan dihalalkan oleh syarak.Dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di antara satu sama lain.





Dalil dan hukum nikah:Firman Allah Taala dalam surah annisa ayat 3 yaang bermaksud

""......maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan2 lain:dua,tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri2 kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja"

HUKUM NIKAH:

  • HARUS:ini adalah hukum asal
  • SUNAT: bagi orang yang berhajat kepadanya serta cukup perbelanjaan termasuk nafkah dan lain.
  • WAJIB: wajib ke atas orang yang cukup perbelanjaan dan takut akan tergoda kepada kejahatan zina.
  • MAKRUH: terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah atau tidak berhajat kepada perkahwinan seperti tidak ada keinginan nafsu sama ada disebabkan oleh faktor semulajadi atau perkara mendatang umpama penyakit atau kelemahan disamping tidak mempunyai perbelanjaan.
  • HARAM: bagi orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang dikahwini

FARAID (Bahagian 2)

WARIS

a) Orang2 lelaki yang boleh mewarisi:
  1. anak lelaki
  2. anak lelaki kepada anak lelaki dan ke bawah
  3. bapa
  4. datuk(bapa kepada bapa dan ke atas)
  5. adik beradik lelaki(seibu sebapa) sebapa atau seibu
  6. anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa
  7. bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  8. anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa(seibu sebapa)
  9. suami
  10. orang yang memerdahekakan hamba, mereka ialah golongan asobah kerana dirinya sendiri.

b)Orang2 perempuan yang boleh mewarisi:
  1. anak perempuan
  2. anak perempuan kepada anak lelaki dan ke bawah
  3. ibu
  4. nenek dari sebelah ibu atau bapa dan ke atas.
  5. adik beradik perempuan dari mana2 kedudukan, sama ada seibu sebapa atau sebapa
  6. isteri atau isteri2
  7. wanita yang memerdahekakan hamba

FARAID (Bahagian 1)

Faraid pada bahasa ialah sesuatu yang diwajibkan atau sesuatu yang ditetapkan.
Faraid pada syarak ialah pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira2 yang membolehkan kita mengetahui bahagian harta pusaka yang berhak diterima oleh orang yang berhak (pewarisnya).

Hukum faraid adalah wajib. Sistem pusaka adalah satu sistem yang sah berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan ijmak ulamak.  Ia sama hukum seperti solat, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib diamalkan dan dilaksanakan serta tidak boleh diubah serta diabaikan kerana ia adalah syariat Allah.

Hikmah faraid:
  • menghormati fitrah manusia. Allah telah menetapkan fitrah manusia mengasihi anak yang dianggap sebagai cahaya mata penyambung hayatnya.
  • merealisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga kerana harta mereka miliki melalui pusaka itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.
  • memelihara hubungan silaturahim setelah kematian si mati. Ini kerana kaum keluarga si mati seperti adik beradik lelaki, perempuan dan sebagainya akan menerima bahagian masing2 daripada si mati.