Tuesday 2 August 2011

MUNAKAHAT(bahagian 1)

Nikah dari segi bahasa ialah:bersatu atau berkumpul. Dari segi syarak pula ialah satu akad yang menghalalkan bersetubuh atau isteri berseronok-seronok diantara suami isteri dengan cara yang dibenar dan dihalalkan oleh syarak.Dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di antara satu sama lain.





Dalil dan hukum nikah:Firman Allah Taala dalam surah annisa ayat 3 yaang bermaksud

""......maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan2 lain:dua,tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri2 kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja"

HUKUM NIKAH:

  • HARUS:ini adalah hukum asal
  • SUNAT: bagi orang yang berhajat kepadanya serta cukup perbelanjaan termasuk nafkah dan lain.
  • WAJIB: wajib ke atas orang yang cukup perbelanjaan dan takut akan tergoda kepada kejahatan zina.
  • MAKRUH: terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah atau tidak berhajat kepada perkahwinan seperti tidak ada keinginan nafsu sama ada disebabkan oleh faktor semulajadi atau perkara mendatang umpama penyakit atau kelemahan disamping tidak mempunyai perbelanjaan.
  • HARAM: bagi orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang dikahwini

No comments:

Post a Comment