Tuesday 2 August 2011

FARAID (Bahagian 1)

Faraid pada bahasa ialah sesuatu yang diwajibkan atau sesuatu yang ditetapkan.
Faraid pada syarak ialah pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira2 yang membolehkan kita mengetahui bahagian harta pusaka yang berhak diterima oleh orang yang berhak (pewarisnya).

Hukum faraid adalah wajib. Sistem pusaka adalah satu sistem yang sah berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan ijmak ulamak.  Ia sama hukum seperti solat, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib diamalkan dan dilaksanakan serta tidak boleh diubah serta diabaikan kerana ia adalah syariat Allah.

Hikmah faraid:
  • menghormati fitrah manusia. Allah telah menetapkan fitrah manusia mengasihi anak yang dianggap sebagai cahaya mata penyambung hayatnya.
  • merealisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga kerana harta mereka miliki melalui pusaka itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.
  • memelihara hubungan silaturahim setelah kematian si mati. Ini kerana kaum keluarga si mati seperti adik beradik lelaki, perempuan dan sebagainya akan menerima bahagian masing2 daripada si mati.

No comments:

Post a Comment