BAB 2

SEMBELIHAN

1- Sembelihan ialah menyembelih binatang yang halal dengan syarat2 tertentu dengan menggunakan sesuatu yang tajam selain gigi, kuku dan tulang.

2. Hukum sembelihan: Binatang yang halal adalah wajib disembelih.  Binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai dan haram dimakan.

3. Syarat2 sah sembelihan:
3.1 Niat kerana Allah
3.2 Orang yang menyembelih hendaklah beragama Islam.
3.3 Binatang yang halal dimakan
3.4 Binatang itu mati dengan sekali sembelihan
3.5 Putus urat halkum dan urat merih.

4. Hikmah sembelihan
- dapat mengeluarkan darah binatang sembelihan dengan cepat.
- dapat membezakan diantara sembelihan orang Islam dan orang kafir.
- boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
- menjadikan sihat tubuh badan bagi orang yang memakannya.
- sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk ciptaan Allah.

KORBAN
1- Korban ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan pada hari aidiladha dan hari2 tasyrik iaitu 11,12 dan 13 zulhijjah.  
Ibadah ini bertujuan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu 
Wataala.



2. Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad.

3. Syarat2 binatang sembelihan:

3.1 binatang ternakan sahaja yang sah dijadikan korban dengan syarat tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging seperti: kaki pencang, sakit, sangat kurus dan buta dan sebagainya.

3.2 cukup umur iaitu:

a- biri2 umurnya satu tahun lebih atau sudah berganti gigi.
b- kambing umurnya dua tahun lebih
c-lembu ,kerbau atau sapi umurnya dua tahun
d-unta umurnya lima tahun lebih

*sekiranya berhajat untuk membuat ibadah korban carilah binatang yang paling baik dan sempurna.

AKIKAH

Akikah ialah: penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena mencukur rambut bayi pada hari ketujuh selepas kelahiran.


Hukum ibadat akikah ialah sunat muakkad

Kaifiyat melakukan ibadat akikah:
  1. berdoa semasa hendak menyembelih.

2. menyembelih akikah ketika matahari sedang naik.
3. mencukur rambut bayi selepas menyembelih
4. menyedekahkan kepada fakir miskin emas atau perak seberat timbangan rambut
bayi yang dicukur atau wang yang sama nilainya.
5. memberi nama yang baik kepada bayi.
6.tulang2 akikah itu digalakkan supaya tidak dikerat-kerat atau dipecah-pecahkan.
7.daging akikah dimasak agak manis dan disedekahkan kepada fakir
miskin.


Hikmah melakukan ibadat akikah:

  • menghayati cara Islam mensyukuri kelahiran anak kurniaan Allah.
  • melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat menepati sunah Rasullullah yang bangga dengan ramai umat pada hari kiamat.
  • menghubung dan mengukuhkan silaturrahim keluarga anak itu dengan masyarakat.
  • mendekatkan anak yang baru lahir kepada cara hidup islam sejak awal2 lagi.