BAB 5

MUNAKAHAT

Nikah dari segi bahasa ialah:bersatu atau berkumpul. Dari segi syarak pula ialah satu akad yang menghalalkan bersetubuh atau isteri berseronok-seronok diantara suami isteri dengan cara yang dibenar dan dihalalkan oleh syarak.Dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di antara satu sama lain.





Dalil dan hukum nikah:Firman Allah Taala dalam surah annisa ayat 3 yaang bermaksud

""......maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan2 lain:dua,tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri2 kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja"

HUKUM NIKAH:

  • HARUS:ini adalah hukum asal
  • SUNAT: bagi orang yang berhajat kepadanya serta cukup perbelanjaan termasuk nafkah dan lain.
  • WAJIB: wajib ke atas orang yang cukup perbelanjaan dan takut akan tergoda kepada kejahatan zina.
  • MAKRUH: terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah atau tidak berhajat kepada perkahwinan seperti tidak ada keinginan nafsu sama ada disebabkan oleh faktor semulajadi atau perkara mendatang umpama penyakit atau kelemahan disamping tidak mempunyai perbelanjaan.
  • HARAM: bagi orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang dikahwini

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI:
  • ibu dan ibunya (datuk perempuan) ibu dari bapa dan seterusnya hingga ke atas.
  • anak dan cucu seterusnya hingga ke bawah.
  • saudara perempuan, seibu sebapa atau seibu sahaja
  • saudara perempuan dari bapa
  • anak perempuan dari saudara lelaki dan seterusnya
  • anak perempuan dari saudara perempuan dan seterusnya.
  • saudara perempuan dari ibu
  • saudara perempuan dari bapa
HIKMAH PERKAHWINAN:
  • menyahut seruan fitrah manusia yang telah di atur susun oleh Allah.
  • melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyarakat islam.
  • mewujudkan ketenteraman jiwa serta ketenangan rohani apabila seseorang itu berkahwin.
  • menjaga akhlak dari runtuh rosak dengan melakukan perkara maksiat
  • menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia.
  • meluaskan medan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama di dalam kekeluargaan.