BAB 3

MUAMALAT

1- Muamalat ialah: aktiviti hidup seseorang seperti jual beli, tukar menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam hubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing2 yang berlandaskan syariat Allah.


HIKMAH MUAMALAT
1- Memelihara dan memupuk keadilan dan amanah.
2- Memelihara mengakui hak asasi individu dan masyarakat.
3. Memelihara kepentingan berlandaskan nilai akhlak dan ciri kemanusiaan.
4. Menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang seimbang

JUAL BELI
Pengertian jual beli: Jual beli dari segi bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi bahasa pula ialah menukar harta dengan harta mengikut cara yang tertentu.



RUKUN JUAL BELI:

1- penjual
2- pembeli
3- harga
4- kabul
5- ijab
6- barang yang dijual

SYARAT JUAL BELI

1- Islam
2- Tidak dipaksa
3-Berakal
4- Tidak berurusan dengan musuh Islam
5- Baligh
6- Merdaheka


SYARAT-SYARAT HARGA DAN BARANG:

1- Barang-barang itu mestilah bersih dan suci.
2- Barang itu kepunyaan penjual sendiri atau wakil penjual.
3- Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan 'sighah' akad jual beli.
4- Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar, sifat barang yang dijual.
5-Menyertai lafaz2 ijab(lafaz penjual) dan kabul (lafaz pembeli).

LARANGAN2 JUAL BELI:
1-Tidak sah menjual binatang buas.
2- Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3-Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan yang memegang gadaian.

HIKMAH JUAL BELI:

1- Allah telah menjadikan sifat semula jadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta benda di antara sesama manusia sama ada menerusi jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya.

2- Dengan adanya jual beli ini maka akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta yang tiada padanya.

3- Berjual beli mengajar manusia supaya hidup bersatu padu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

RIBA

 Riba dari segi bahasa ialah menukar, subur,lebih atau bertambah. Dari segi syarak pula ialah akad yang terjadi bagi suatu pertukaran barang yang tertentu tetapi tidak diketahui perlaksanaannya menurut kebenaran syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran ini atau salah satu dari kedua-duanya.

Hukum riba adalah haram sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

HIKMAH PENGHARAMAN RIBA:

1- Memperolehi harta kekayaan melalui jalan yang diredhai oleh Allah Taala

2-Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian hartanya pada jalan kebaikan.

3-Seseorang itu dapat membelanjakan kepada jalan Allah akan mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

4-Mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, amanah, jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.