Tuesday 21 June 2011

Haji dan Umrah (Bahagian 2)

Kaifiyat (cara) Mengerjakan Haji.
1- HAJI IFRAD 
Haji ifrad ialah berihram haji sahaja (mengerjakan ibadah haji secara berasingan) hanya berniat ihram haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
2. HAJI TAMATTUK
Haji tamattuk ialah ibadah haji dan umrah dikerjakan secara berasingan, ibadah umrah dikerjakan dahulu sehingga selesai di dalam bulan haji itu kemudian barulah mengerjakan haji.
3. HAJI QIRAN
Haji qiran ialah ibadah haji dan umrah dikerjakan secara serentak di dalam satu waktu (menghimpunkan antara haji dan umrah di dalam satu perjalanan musafir)

HIKMAH MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH

1- Haji yang mabrur tiada balasan melainkan syurga.
2. Ia merupakan jihad yang paling utama dan ganjaran pengampunan dosa.
3. Kepentingan ekonomi dan perniagaan.
4. Membentuk peribadi muslim dan menjadi latihan persediaan meninggalkan allam dunia.
5. Melatih diri ikhlas dalam segala amalan hanya kerana Allah.
6.Bertemu orang2 Islam seluruh dunia.
7. Ia dalam keadaan suci bersih umpama seorang bayi baru lahir.
8. Mendapat pujiaan Allah dihadapan para malaikat.







No comments:

Post a Comment