Tuesday 21 June 2011

Haji dan Umrah (Bahagian 1)

 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH

Haji: mengunjugi baitullahilharam dalam bulan haji dengan mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat tertentu.

Umrah: mengunjungi baitullahilharam kerana mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat2 tertentu.

 





























Hukum mengerjakan haji dan umrah adalah : Wajib sekali seumur hidup kecuali nazar.

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
1- Islam
2- Merdaheka
3- Berkemampuan
4- Berakal
5- Baligh

#bagi wanita yang mengerjakan haji dan umrah hendaklah ditemani oleh suami atau mahram atau mendapat keizinan dari suami.

  • mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya dan orang2 yang dibawah tanggungannya  selama mengerjakan haji dan umrah.          
  • sihat tubuh badan, orang yang tidak dapat mengerjakan haji dan umrah kerana sakit tiada harapan sembuh boleh diwakilkan orang lain.
  • ada kenderaan  yang sesuai dan aman perjalanan pergi dan balik.
LAFAZ NIAT HAJI
sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala

Wajib haji:
1- Berihram di miqat

2. Berhimpun dan bermalam di muzdalifah



3- Bermalam di Mina


4. Melontar ketiga-tiga jamrah


5.Melakukan tawaf wida'


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete